Nov 19, 2013

Jalan-Jalan di Terengganu

klik, homestay puncak alam dekat dengan uitm puncak alam & perdana..huihui
klik, Promote kismis, habbatus sauda, dan kopi kollagent jap...thehe

Admin berpeluang pergi ke Terengganu ni, dan tempat yang admin pergi dalam Terengganu ni ialah Kuala Terengganu. Ni sebab admin ikut jalan lebuhraya pantai timur, untuk balik ke kampung nenek belah emak admin.
Alang-alang nak balik kampung ikut lebuhraya pantai timur, kita ronda2 ini Kuala Terengganu.


Banyak pengangkutan awam kat Kuala Terengganu ni, contoh nya macam ni, Bus Bandar orang sini panggil.

Tapi admin naik kereta la, dah ada kereta, pakai la kereta.

Tempat pelancongan yang pertama admin pergi ialah Taman Monumen.

entrance dia

enrance fee dia

Banyak masjid dalam Taman Monumen ni, sesuai dengan namanya, tempat ni dia memonumenkan tempat2 yang menarik dan besejarah seperti masjid2, dan tempat2 peninggalan sejarah.
Semua monumen dalam ni dia mengikut skala yang telah dikecilkan. So, tiap monumen ada skala dia.


Contohnya masjid negara, hah, dia menjadikan masjid ni kecil dan mengikut skala nya.
Nah, ni dia view dalam monumen masjid negara. Cantik kan!



Lepas tu ada pulak Masjidil Haram, ikut note kat situ, masjid ni mengikut skala 1:18.5. So, yang real punye 18.5 kali lebih besar dari monumen ni.
Kaabah kecik pon ada dalam ni, Kaabah menjadi kiblat untuk orang Islam dalam menunaikan solat.
Nah, ni Masjid Nabawi
Terletak di Madinah...
Nah, yang ni pulak Qubah Assakrah yang terletak di Palestin


yang ni lain sikit, kita boleh masuk dan ini adalah reka bentuk dalam dia
Yang ni pulak, Masjid India Taj Mahal. Dari India. Mengikut sejarah, tajmahal mengambil masa 22 tahun untuk membinanya, dan menggunakan 22 ribu pekerja untuk menyiapkannya.


Nah, monumen yang terakhir dalam taman monumen ni ialah Kota Allippo, terdapat di Syria. Dibina pada kurun ke-10 sebelum masihi oleh pahlawan Islam yang mashur, Salahuddin Alayubi.

Ha...ni adalah tempat wajib kalau pergi Kuala Terengganu, Masjid Kristal
Masjid ni adalah the only masjid kristal di dunia. Ia boleh memuatkan jemaah masjid seramai 700orang. Lawa!
Kos dia adalah 23 juta.  


Sebab dia lawa dan unik, ialah kerana ia dibina atas air dan boleh dikatakan terapung.


Ni dia river cruise, try la, tambangnya RM12 untuk 1 kepala. 
view dari perahu ni

Lepas habis bersiar kat Taman Monumen, tengok Masjid Kristal, dan menaiki Perahu River Cruise, admin pun pergi ke 

Muzium Negeri Terengganu

Ni harga tiketnya

Batu Bersurat 
Ikan naga yang besar serta dah diawetkan..di jumpai di perairan terengganu

Keris, macam2 keris ada, ia bukan sekadar senjata, ia sebagai simbol, kalau kita berjumpa orang atau menghadap raja/sultan, kalau kita letak hulu keris ni kebelakang, kita menunjukkan bahawa kita datang secara peace no war
tapi kalau menghala kedepan, kita mengundang peperangan...

Lepas tu, lapaq pulaq dah...so..admin pergi ke

Banyak tempat2 yang menjual keropok losong, keropok lekor dan keropok frozen pon ada..untuk dibawa pulang..

ni proses dia gentel keropok losong ni..siap boleh tengok cara dia buat lagi....tak ke peramah orang Terengganu ni.

yang ni dia rebus...kalau rebus memang sedap..tambah pulak dengan dia punya sos...

yang goreng..pon sedap jugak...

 Lepas dah kenyang makang keropok lekor dan keropok losong serta dah borong banyak2 keropok tersebut...so pergi tengok orang buat kain batik la pulak.. menarik jugak sebenarnya..

ni dia celop kain tu dalam warna yang berkenan..

ni proses pertama dia sebenarnya...buat corak.. 
ni proses akhir..jemur...pastu rebus buang lilin...

Lepas tu, gi tengok orang buat tembaga
cantik gak dia buat acuan tembaga ni...
lokasi terakhir admin sebelum pulang ke kampung nenek...tempat pembuatan kapal Pulau  Duyung, Kg Pulau Duyung.

nak buat kapal boleh datang sini...cuma bawak duit je..

semua hand made

guna kayu cengal...kayu terboik & terbaik dalam dunia...

Itu je la tempat2 yang admin pergi....best tu...memang tak rugi kalau datang Kuala Terengganu ni...
Try la datang wahai pembaca sekalian..







No comments: