Nov 16, 2013

Jalan-jalan di Kuala Lumpur

klik, Promote kismis, habbatus sauda, dan kopi kollagent jap...thehe
klik, homestay puncak alam dekat dengan uitm puncak alam & perdana..huihui

Hari ini, post admin berkenaan tempat-tempat di KL, first place yang admin pergi kat KL ni ialah semestinya ke Lorong Haji Hussein 3, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2691 1382
Siap bagi no phone lagi....apa bendenye alamat yang admin bagi ni?  Ini la Bus Stop untuk memulakan journey ke tempat2 di KL ni. Ini station bus untuk KL Hop-On-Hop-Off.
Ha...apa kebendenya tu...meh sini admin jelaskan...KL Hop-On-Hop-Off ialah pengangkutan yang amat bagus untuk mengelilingi KL dan pergi tempat2 menarik di KL.
Kita beli tiketnya dalam harga RM38 dan boleh digunakan untuk 24jam. Ok la kowt...

Ni la bus yang admin katakan tu...double decker..

Lepas tu, takkan tak reti lagi, mesti la pergi ke destinasi pertama kalau jalan2 KL ni, iaitu menara berkembar Petronas, KLCC aka Kuala Lumpur City Centre.

Ni pemandangan dari jauh KLCC twin tower...

Macam nak hujan je...


Target nak jalan kat skybridge KLCC..


Haha. Nasib aku sempat.

Pemandangan dari atas.

KLCC Park

Lepas dah boshan atas skybridge tu, admin turun dan berkunjung ke.....

ni la dia..Bangunan Sultan Abdul Samad...setiap 31 Ogos, akan ada perarakan di sini.

View dari bawah

berdekatan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, ada Stesen Keretapi KL

Selepas tu, admin berkunjung ke tempat2 membeli-belah yang famous di KL.








Tempat yang seterusnya ialah Taman Burung KL! aka KL Bird Park. 
KL Bird Park disebut sebagai taman burung tertutup yang terbesar di dunia dan juga menjadi tempat tinggal kepada 3000 atau lebih burung pelbagai warna dari 200 spesis burung tempatan dan luar negara. Mantap!

Untuk masuk ke KLBP ni bagi warga tempatan(MyKad) RM15 (dewasa), RM6(Kanak-kanak 3-12 tahun). Pelancong RM39 (dewasa), RM29 (kanak-kanak 3-12 tahun).
Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Maklumat lanjut : www.klbirdpark.com

Banyak burung yang boleh kita lihat di Taman Burung KL ni.
Lepas habis mundar-mandir dalam KLBP ni...lokasi terakhir ialah Tugu Negara!




mengingati perjuangan susah payah pahlawan2 tanah melayu mempertahankan tanah melayu...
habis..dalam sehari admin boleh berkunjung ke semua (hampir semua) tempat2 menarik di KL.
Anda yang membaca ni try la ok....bye.








No comments: