Oct 22, 2013

Dialek, slang atau loghat di Malaysia

Trivia : Dialek, slang adalah seperti kata-kata tetapi loghat adalah lebih seperti bagaimana anda bercakap.

(ni semua bukan informasi yang kukuh...harap maaf jika ada silap..)

Banyak loghat dan dialek dalam Malaysia ni, seperti Semenanjung Malaysia ada dialek timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang berdekatan dengan Terengganu. Contohnya, mung, ambo, kawe, dan pelbagai lagi.

Sementara di bahagian utara dan sedikit barat Semenanjung Malaysia, ada negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, dan sedikit kawasan Perak lebih mesra dengan loghat utara seperti ang, teman, cik, awok, dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan dialek jawa yang banyak digunakan di Johor dan secebis kawasan di negeri Selangor.
Dan semestinya loghat Negeri Sembilan yang mana terkenal di Malaysia dengan lagu Rembau most wanted dan Botingkek-tingkek dinyanyi rapper Waris.

Sabah dan Sarawak tidak dilupakan dimana admin rasa loghat dan dialek diorang lebih kearah bahasa Indonesia kalau tak silap admin larh...

Bak dialog dalam manga Detective Conan karya Gosho Aoyama.

* credit untuk manga reader. net  (baca manga secara free...muha ha ha)
Dialog kat atas ni menjelaskan bahawa dialek/slang tu adalah hiasan kepada sesebuah bahasa. Tetapi, gunakan slang atau dialek tersebut apabila kita mahu dan dalam situasi yang bersesuaian, dan jangan pula dilupakan dan dibuang terus slang dan dialek kita tu, kerana ia menandakan di mana asal kita.
Tu saja dari saya.

No comments: