klik, Promote kismis, habbatus sauda, dan kopi kollagent jap...thehe
klik, homestay puncak alam dekat dengan uitm puncak alam & perdana..huihui
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
Pada awal June lepas, saya dan family saya ade berkunjung ke Cameron Highland dan kami bermalam di Brinchang, iaitu di Hotel Star Regency.
Saya dari Shah Alam, melalui Lebuhraya Utara-Selatan, dan masuk melalui Tapah, yang mana selalunya orang Gua Musang menggunakan laluan ini untuk perjalanan pergi balik KL.
|
Otw mendaki ke cameron highland, kalian akan jumpa air terjun lata iskandar...kot nama dia..just lalu je sebab malas nak turun kat situ |
Perjalanan dari Tapah tu sehingga Cameron Highland , mengambil masa 2 jam la gak nak sampai....memang boleh mabuk bila nak mendaki tu, sebab jalan dia berliku-liku.
First location best bila sampai Cameron Highland ialah Tanah Rata,
|
Healthy Strawberry Farm, tapi Strawberry dia dah x banyak, ramai orang sebelum kami datang dah harvest strawberry kat situ |
|
Cactus Merah yang boleh didapati di ladang strawberry tersebut |
Selepas itu, kami sekeluarga naik lagi dan terus booking 1 bilik studio di Star Regency Hotel, yang kosnya adalah RM 230 per night (inclusive GST)..
|
kami book di tingkat 8 |
|
Building depan dia, ada kedai2 runcit dan ole2 |
|
Kedai Fresa yang menjual Ole2 |
|
Balai Bomba located at Brinchang |
Then, lepas letak bag di dalam bilik , snap view from the window...memang kabus je dan memang sejuk gila la....tambahan pula time tu baru lepas hujan renyai2...
|
Memang sejuk ....Best! |
Then, around 5 oclock evening, kami pergi ke pasar Brinchang , dikenali ramai sebagai pasar yang paling besar dan luas di Malaysia.
|
jagung tebu yang banyak dijual di Brinchang |
|
Kabus tebal bak ang...sejuk tak terkata |
Then balik bilik dan makan strawberry dan macam2 lagi la...
Keesokan harinya...
kami pergi ke ladang teh BOH.....pergi pukul 8 sebab ambil masa dalam setengah jam nak sampai ladang teh BOH dari lokasi Hotel kami.
Ladang Teh BOH berkenaan bukak pada pukul 9 pagi. setiap hari.
|
tak boleh nak berhenti tepi jalan dalam perjalanan menuju ladang teh BOH ni...dikhuatiri menganggu kenderaan lain lalu |
|
'wefies' with lovely my mom. |
|
dia bagi amaran supaya tiada sesi pengambaraan/shooting di ladang teh BOH sini... |
|
boleh hayati history ladang teh BOH ni di sini...dapat tahu siap founder ladang ni...siapa yang develop dia....saya baca sambil lewa je history dia ni... |
|
Rupenye, teh BOH ni dulu brand name dia Tiger Tea... |
|
Earlier design untuk kotak Teh BOH ni... |
|
Breakfast sini memang best...tapi mahal la sikit dari kedai ..sebab location dia kan lawa... |
|
bag gunny....untuk membawa hasil kutipan daun teh |
|
cara pembuatan teh BOH |
Lepas tu, kami pom pergi turun dari ladang teh BOH ni dan terus menuju ke hotel untuk kemas barang dan pulang...adios
No comments:
Post a Comment