Oct 22, 2013

Random Singapore places

Post kali ni, admin akan menceritakan tempat yang kakak admin telah pergi semasa dia pergi rombongan sambil belajar ke Singapore. Admin tak pergi pon....saja je post pasal ni sebab idea tiada di kotak fikiran nak post bende apa...

Anggap je la admin ni koya/berangan ke sana., ni antara gambar yang ada...















Admin tak tahu apa kenama tempat2 kat Singapore ni, tapi nampak macam tempat yang teratur dan cantik. 



Dialek, slang atau loghat di Malaysia

Trivia : Dialek, slang adalah seperti kata-kata tetapi loghat adalah lebih seperti bagaimana anda bercakap.

(ni semua bukan informasi yang kukuh...harap maaf jika ada silap..)

Banyak loghat dan dialek dalam Malaysia ni, seperti Semenanjung Malaysia ada dialek timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang berdekatan dengan Terengganu. Contohnya, mung, ambo, kawe, dan pelbagai lagi.

Sementara di bahagian utara dan sedikit barat Semenanjung Malaysia, ada negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, dan sedikit kawasan Perak lebih mesra dengan loghat utara seperti ang, teman, cik, awok, dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan dialek jawa yang banyak digunakan di Johor dan secebis kawasan di negeri Selangor.
Dan semestinya loghat Negeri Sembilan yang mana terkenal di Malaysia dengan lagu Rembau most wanted dan Botingkek-tingkek dinyanyi rapper Waris.

Sabah dan Sarawak tidak dilupakan dimana admin rasa loghat dan dialek diorang lebih kearah bahasa Indonesia kalau tak silap admin larh...

Bak dialog dalam manga Detective Conan karya Gosho Aoyama.

* credit untuk manga reader. net  (baca manga secara free...muha ha ha)
Dialog kat atas ni menjelaskan bahawa dialek/slang tu adalah hiasan kepada sesebuah bahasa. Tetapi, gunakan slang atau dialek tersebut apabila kita mahu dan dalam situasi yang bersesuaian, dan jangan pula dilupakan dan dibuang terus slang dan dialek kita tu, kerana ia menandakan di mana asal kita.
Tu saja dari saya.

Oct 19, 2013

Random manga : Detective Conan

ini adalah komik, atau dipanggil manga oleh orang jepun. Antara kesukaan admin jugak la manga ni.... dikenali di Malaysia sebagai Detective Conan, tapi di negara lain dikenali sebagai Case Closed.
Tetapi di jepun dipanggil Meitantei Konan 名 探偵 コナン  (siap dengan tulisan kanji japan ni lagi)
diterbitkan pada tahun 1994, Januari 19...sama tahun dengan admin lahir.



eh...silap....ni bukan manga...hehehe...

yang ni baru betuii




dilimpahi dengan manga Detective Conan atas katil..



tapi duit habis banyak beli manga ni....x beli dah sekarang...baca online je..

Random views dekat SACC Mall, Shah Alam


entry kali ini, saya letak suasana pameran buku di SACC Mall, yang mana berhampiran dengan Tasik Shah Alam.


adik saya sentiasa riang ceria tanpa perlu dihiburkan

tak ramai pon yang datang