Nov 7, 2013

Broga Hill, Semenyih untuk beginner hiker

klik, Promote kismis, habbatus sauda, dan kopi kollagent jap...thehe
klik, homestay puncak alam dekat dengan uitm puncak alam & perdana..huihui

Firstly, Broga Hills ni orang daki sebab nak tengok pemandangan dari atas yang boleh nampak Nottingham University , especially during sunrise and sunset.
Broga Hills ni sebelum masuk Kg Broga dan kalau anda jalan jumpa sekolah, maknanya anda dah terlepas Broga Hills tersebut.


xde function la plak tunjuk map camni jewr..

Broga Hills ni terletak di kawasan Ladang kelapa sawit,

ni gambar yang diambil setelah kami selamat turun dari Broga Hills, parking kat sini jewr.
RM 2 untuk fee masuk, termasuk kos parking.

Kami sampai pukul 4 a.m. dan kami terus start mendaki, firstly, melalui laluan pejalan kaki yang bertanahkan tanah gambut. 
Then, start the adventure dengan mendaki bukit sambil perlu berwaspada dengan gelap ditambah pula ada tanah yang berlubang dan licin dek hujan. ( tapi time kteorang panjat bukit tu tak hujan, so tahap risiko tu kurang sikit )

Kami sampai di puncak Broga dalam pukul 5 lebih, so masa yang kami ambil untuk mendaki Broga ni lebih kurang 1 jam lebih la, not bad la kan...kan...
Sebenarnya banyak check point (bukit) yang kita kena lalui apabila berhajat untuk sampai ke Puncak Broga ni, lebih kurang 4 bukit la..

bergambar dulu

bergambar bersama krew pendaki yang lain 



pemandangan waktu subuh
solat subuh bersama jemaah yang lain

Selepas puas berehat, selesai solat, habis sesi photoshot, so, lebih kurang pukul 6.30 a.m. kami turun dari puncak Broga dan menikmati sesi downking pulak (ada pulak downking, rekaan semata-mata) 

ada la nampak sikit sunrise, jadi background gambar

turun dengan cara yang selamat


random batu jadi background gambar

sesi gambar terakhir di atas Broga, 
BEST! SYIOK! itu antara reaksi kami setelah habish mendaki dan turun Broga Hills.
Bersedia untuk ke Sg Tekala, Kajang, untuk bermandi manda pulak lepas penat mendaki.
Gambar aktiviti di Sg Tekala tidak ada kerana semua phone dah konk battery nye, battery habis, So, itu saja dari admin tentang aktiviti mendaki di Broga Hills, amat berbaloi jika mencubanya. untuk test stamina.

Nov 4, 2013

Doa Akhir tahun hijrah dan awal hijrah

Ni antara site yang menunjukkan tarikh dalam hijrah
http://www.kalendarhijrah.com/

Doa akhir tahun hijrah

* amik dari blog http://www.faridadam.com  



suasana di masjid pada akhir tahun hijrah.....hemm...

Saya selipkan sedikit  keadaan jalan yang sedikit sesak di perkarangan Stadium Shah Alam Seksyen 13 hampir menjelangnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan FC aka TRW menentang Pahang FC di mana kemenangan di capai oleh Pahang FC yang mana jaringan kemenangan 0-1 di jaring oleh pemain import.  *Saya penyokong Selangor FC.


saja selipkan post ni sebab match ni berlangsung sebelum masuknya hari akhir tahun hijrah...

Oct 22, 2013

Random Singapore places

Post kali ni, admin akan menceritakan tempat yang kakak admin telah pergi semasa dia pergi rombongan sambil belajar ke Singapore. Admin tak pergi pon....saja je post pasal ni sebab idea tiada di kotak fikiran nak post bende apa...

Anggap je la admin ni koya/berangan ke sana., ni antara gambar yang ada...















Admin tak tahu apa kenama tempat2 kat Singapore ni, tapi nampak macam tempat yang teratur dan cantik. 



Dialek, slang atau loghat di Malaysia

Trivia : Dialek, slang adalah seperti kata-kata tetapi loghat adalah lebih seperti bagaimana anda bercakap.

(ni semua bukan informasi yang kukuh...harap maaf jika ada silap..)

Banyak loghat dan dialek dalam Malaysia ni, seperti Semenanjung Malaysia ada dialek timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang berdekatan dengan Terengganu. Contohnya, mung, ambo, kawe, dan pelbagai lagi.

Sementara di bahagian utara dan sedikit barat Semenanjung Malaysia, ada negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, dan sedikit kawasan Perak lebih mesra dengan loghat utara seperti ang, teman, cik, awok, dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan dialek jawa yang banyak digunakan di Johor dan secebis kawasan di negeri Selangor.
Dan semestinya loghat Negeri Sembilan yang mana terkenal di Malaysia dengan lagu Rembau most wanted dan Botingkek-tingkek dinyanyi rapper Waris.

Sabah dan Sarawak tidak dilupakan dimana admin rasa loghat dan dialek diorang lebih kearah bahasa Indonesia kalau tak silap admin larh...

Bak dialog dalam manga Detective Conan karya Gosho Aoyama.

* credit untuk manga reader. net  (baca manga secara free...muha ha ha)
Dialog kat atas ni menjelaskan bahawa dialek/slang tu adalah hiasan kepada sesebuah bahasa. Tetapi, gunakan slang atau dialek tersebut apabila kita mahu dan dalam situasi yang bersesuaian, dan jangan pula dilupakan dan dibuang terus slang dan dialek kita tu, kerana ia menandakan di mana asal kita.
Tu saja dari saya.

Oct 19, 2013

Random manga : Detective Conan

ini adalah komik, atau dipanggil manga oleh orang jepun. Antara kesukaan admin jugak la manga ni.... dikenali di Malaysia sebagai Detective Conan, tapi di negara lain dikenali sebagai Case Closed.
Tetapi di jepun dipanggil Meitantei Konan 名 探偵 コナン  (siap dengan tulisan kanji japan ni lagi)
diterbitkan pada tahun 1994, Januari 19...sama tahun dengan admin lahir.



eh...silap....ni bukan manga...hehehe...

yang ni baru betuii




dilimpahi dengan manga Detective Conan atas katil..



tapi duit habis banyak beli manga ni....x beli dah sekarang...baca online je..

Random views dekat SACC Mall, Shah Alam


entry kali ini, saya letak suasana pameran buku di SACC Mall, yang mana berhampiran dengan Tasik Shah Alam.


adik saya sentiasa riang ceria tanpa perlu dihiburkan

tak ramai pon yang datang






Sep 16, 2013

Random Island : Pulau Pangkor Part 4

Klik untuk Part 3

Tiba masa kami berangkat pulang...kene check out chalet pukul 12 tengahari...so..
Kos keseluruhan dalam anggaran tidak melebihi RM 80 seorang..boleh la..tu pon banyak aktiviti yang admin tak try lagi...baget burst kalau try...


promote sikit chalet ni...

lepas tu...


pekena aiskrom goyang dulu..

ziarah n semayang zohor kat masjid pulau pangkor dulu..


beransur pulang la kite ye..



penat la pulak berdiri lame ni..



bergambar di jeti Lumut

bergambar di sekitar Lumut


menunggu bas untuk pulang ke Seri Iskandar...yela..student UiTM Seri Iskandar...diploma baru....jauh lagi perjalanan

Huh?....ok...bye..