Aug 29, 2013

Random : Di Rantau Panjang, Kelantan


Ini adalah tempat Rantau Panjang adalah sebuah bandar dan juga kawasan parlimen di Kelantan yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi sempadan adalah Sungai Golok, Thailand.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekanRantau Panjang, di dalam jajahan Pasir MasKelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di BeijingChina.




Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar . Ia mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.








No comments: